untuk awak teja aulia

"Aku harap aku tak jumpa orang macam kau lagi dah."

aulia mengecilkan mata. "kau menyampah kat aku sampai macam tu sekali ek?"

"taklah..aku dah jumpa seorang Teja Aulia. Buat apa aku harap aku jumpa seorang lagi yang macam kau? kau sorang cukup la."
"kalau kau jumpa, macam mana?"
"muka mungkin sama, tapi perangai mesti tak sama kan?"
"ha'ah."

Adil kembali menolak palang. "dan yang paling penting... bukan orang sama kan?"

Aulia terdiam seketika, cuba memadamkan kata-kata adil dengan soalannya tadi.

"jadinya, kalaulah kau jumpa orang yang muka dia macam aku pun, kau tak heran? just because.. she's not me?"

"tepat sekali."
"kalau dia lagi elok budi pekerti macam mana?"

Adil ketawa mengekek mendengar soalan Aulia. "ni mengaku diri sendiri tak elok budi pekerti la ni?"

"jawab je la."
" dia masih bukan kau."
"hmm. maknanya kau tak kisah lah kan?"
"ha'ah."

"kenapa dengan senior kau tu?" adil menyoal. dia kembali berhenti menolak palang, namun kali ini dia membiarkan Aulia berhenti bukan di hadapannya.

Aulia tidak terus menjawab, namun hatinya pula berkata-kata.

aku rasa aku suka kat dia.

"kau suka kat dia ke?" adil menyambung soal, dan soalan itu hampir membuatkan aulia rasa tercekik.

Reaksi aulia adalah berdehem sekuat hati, membuatkan adil tersenyum. aulia terus menghentakkan kakiturun dari roda pusing itu. dia terus berjalan balik tanpa menoleh ke belakang lagi.
kalau lah dia menoleh waktu itu, mungkin dia akan melihat kilas wajah adil yang tersenyum tadi, bertukar menjadi wajah yang mendung.
Umpama langit cerah yang tiba-tiba sahaja dilindungi awan mendung.

Untuk Awak Teja Aulia-Syud

assalamualaikum.. ni petikan dr novel kesayangan aku. saje jek buat post ni, sbb aku nk share ngan korang ke'best'an novel ni. okay, aku nk komen sebenarnya. sediah kan kalau orang yang kita sayang suka kat orang lain. huhu, kadang-kadang bukan salah orang tu.. salah kita jugak sbb terlambat. lambat sangat nk gtau yang kita sayang orang tu. macam adil ni la.. kadang-kadang aku rasa lelaki macam adil ni pengecut.. bagi tau la kalau da suka. awak tu lelaki, takkan nk tunggu yang belah pempuan ni plak yang confess.

aku tau, skang ni da zaman siber. da takder dah istilah perigi mencari timba.. memang la zaman siber, tapi kami pempuan ni masih lagi pemalu. huhu.. kalau mana2 lelaki yang terasa 2, cari la kekuatan diri.. kalau xnk melepas la.. kalau awak x cakap, macam mana pihak satu lagi tu nak tau..ye tak? kalau tak nak gigit jari putih mata la..haha..

0 comments: